pendidikan kesihatan
Hi dan hello!
Poster di atas menunjukkan tentang penjagaan gigi. Tips-tips untuk menjaga gigi.
Antara tips-tips untuk penjagaan gigi ialah memberus gigi setiap hari sebanyak 3 kali sehari minimum. selain daripada itu, kita perlulah memilih berus yang lembut supaya permukaan gigi tidak haus dan gusi tidak rosak.
kita haruslah menjaga gigi supaya sentiasa sihat dan tidak mendatangkan pelbagai penyakit suatu hari nanti.
di atas adalah slide powerpoint berkaitan dengan penjagaan gigi.
link ini adalah link powerpoint berkaitan dengan penjagaan gigi.
Refleksi yang saya dapat daripada kelas kokurikulum
antaranya ialah saya dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan tentang tajuk
tajuk yang berbeza. Saya juga dapat menambah pengetahuan tentang pengetahuan am
yang ada. Terdapat pelbagai penyakit yang ada seperti diabetes, anoreksia dan
pelbagai lagi. Saya juga belajar tentang betapa pentingnya diet yang seimbang
dan senaman yang ringan kepada badan manusia. Selain daripada itu, saya belajar
untuk membahagi masa saya dengan baik antara belajar dan kelas kokurikulum.
Saya belajar bahawa kreativiti itu sangat penting dalam menjayakan sesuatu
kerja seperti membuat video dan membuat poster. Kerjasama dan proaktif sangat
penting juga dalam menjayakan sesuatu projek kerana dengan Kerjasama semua
orang dan menjadi proaktif dapat membantu kita dalam mempercepatkan proses
kerja tersebut. Akhir sekali, kelas ini dapat mengajar saya pelbagai benda dari
segi ilmu kesihatan dan juga ilmu kehidupan.
Comments
Post a Comment